UTAMA
PENGENALAN
ALIKASI
READ PEN
HUBUNGI KAMI
 

Read Pen

ReadPen adalah sebuah peranti seperti sebuah pen. Apabila mata pena disentuh pada mana-mana permukaan yang mengandungi KODnya, pen akan mengeluarkan suara seperti yang telah diprogramkan.

Jika anda ingin menggunakan ReadPen pada buku anda, perlulah terlebih dahulu mencetak Kod Istimewa yang disediakan oleh pihak kami.

Anda hanyalah perlu menyedikan softcopy buku yang hendak dicetak dan suara. Pihak kami menyediakan kemudahan editing suara, rakaman dan penyediaan kod. Setelah ketiga-tiga proses ini selesai, anda boleh mencetak sendiri buku-buku yang telah diberikan kod.

Pihak kami akan menjalankan proses installasi fail-fail kedalam ReadPen untuk penggunaan selepas buku siap dicetak.

Sebuah ReadPen boleh digunakan untuk beberapa buah buku, sebagai contoh sebuah ReadPen telah dibeli oleh pelanggan bersama-sama dengan sebuah buku kamus, ReadPen juga boleh digunakan pada buku yang lain sekiranya kod pada buku tersebut telah disediakan oleh pihak kami.

Pelanggan hanyalah perlu download daripada internet atau menyalin masuk fail yang disediakan bersama-sama buku yang baharu kedalam ReadPen yang lama.

Sebuah ReadPen didatangkan dalam beberapa saiz memori iaitu bermula 1GB hingga 4GB, semakin banyak memori semakin banyak buku yang boleh digunakan dengan ReadPen tersebut.



Video Peggunaan ReadPen pada Al-Quran



Video Penggunaan ReadPen pada Muqaddam